Wednesday, November 12, 2008

BIJAKNYA PAK PANDIR

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”

SIAPA YANG BODOH?

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org kaya I: “Kau nak tau, orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caya lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Baik tuan !! Saya pergi cari !!”

Terus dia bergegas ke kedai yang ada jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannya tu, “Tengok kan betul tu?. Dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu takde apa-apa lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Baik tuan, saya pergi tengok !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang kawannya sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Ehh kau tahu tak, boss aku tu punya la bangang. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah bolehkan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “

Ali: “Bos aku pun bengap .jugak Ada ke dia buleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”

PENGAJARAN CERITA : Jangan bodohkan orang, nanti kita juga yang bodoh

TEKA-TEKI (2)

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jwp: Kutu rambut

Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
Jwp: Neneknye si katak

Kenape lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Jwp: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jwp: Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Jwp: Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jwp: Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jwp: Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jwp: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jwp: Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa ...gile apa...

Gajah terbang dengan apa?
Jwp: Dengan susah payah......

CIUMAN

LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1 meter cuma 1 ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10 meter..

PENJUAL: (gembira)...ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)

TEMUDUGA LANUN

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

TEKA-TEKI

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih panjang & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak-banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yang turun dulu ….?
jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalau bas kemalangan dan bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…?
jwpn: road tax dia arrr….

6) Kereta apa yang boleh jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)

7) Apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab banyak degree

BERTERIAK SERENTAK

Dua orang kanak-kanak jatuh ke sungai dan mereka tidak pandai berenang. Salah seorang dari kanak-kanak itu berteriak, “Tolong, Tolong”.

Rakannya yang lain berkata, “Mungkin lebih baik kalau kita berteriak serentak.”

“Idea yang bagus,” jawab rakannya dan dia mulai berteriak,

Serentak!!, serentak!!.”

MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

CIKGU DAN MURID-MURID

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

KAIN TERSEPIT (18SX)

Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan.. Bila bini dia tanya, katanya… masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le…. so, awek tu bengang, terus tumbok dia…
“Debuk” lebam kat mata kanan. Dalam hati dia kata… ‘mungkin awek ni marah sebab aku tarik kain dia tadi’… so, dia pun tolak le balik kain tu masuk… dan seterusnya “debuk” untuk lebam kedua di mata kiri…
Kesian… kan? dan lepas husband ni abis bercerita, hidung dia pulak berdarah dan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal…

PENGAJARAN CERITA : Kepada suami2 jgn nak menggatal

KATEGORI TOUCH 'N' GO DAN SMART TAG (18SX)

musim kursus dh tiba. biasa le hujung2 tahun kan. Bila tiba kursus mcm ni, ramai le suami atau isteri kena tinggal. Termasuk le juga anak2 dan bibik yang kat rumah tu...
Kwn2 aku selalu istilahkan keadaan suami atau isteri yg kena tinggal kursus kpd 3 kategori.

1. suami / isteri tunai.

Ni kes suami atau isteri yg kena tinggal kursus kejap je. selalu cuma tinggal sehari atau satu dua mlm aje. Tak lama sebab boleh bayar tunai kalau nak. Apa yg nak? Org dewasa je boleh tau. Bdk2 kecik apa tau? hehe..

2. Suami / Isteri touch n go.
Ni kes suami / isteri yg kena tinggal kursus lebih seminggu. Suami / isteri balik rumah sekadar pulang baju busuk tak basuh dan ganti dgn baju baru. Sebab esoknya dia kena pergi kursus kat tempat lain pula. Dpt le satu mlm dgn suami atau isteri. Sekadar touch lebih kurang then u can go tomorrow morning!. Jadi leee.. hehe.

3. Suami / Isteri smart tag.
Ni kes suami atau isteri yg kena pergi kursus lama tak reti2 nak balik rumah. Hujung minggu pun tak balik. Ada offshore katanya. hehe. Kalau balik pun, cuma tukar baju busuk ganti dgn baju baru. Cium anak lebih kurang pastu start kereta terus pergi kursus.
Ada kes suami isteri yg selisih kat tgh jalan je. Sebab dua-dua kena gi kursus kat tempat yg berbeza. Jadi anak2 terkial2 dgn nenek jaga. Nenek pun smart tag dengan atuk. Sebab sejak cucu balik, atuk tidur sorang2 kat beranda!. hahahaha!..

Jgn marah kawan. hehe.. gurau je. Kalau terasa aku mintak ampun maaf. Ni kawan aku cakap. Bukan Aku!. Aku sendiri pun tak pandai guna Touch n Go atau SmartTag kat highway. Biasa aku byr tunai je. hehe.

Tuesday, November 11, 2008

EMAIL BUAT ISTERI TERSAYANG

Email Buat Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2008

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini

LAWAK BOS

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Hee..heee...heeee... .penat aku nak tulih lagi nie.

LAWAK ENGLISH BADLY BROKEN...

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Baca Doa Dulu - Lawak Pak Pandir

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

LAWAK TIKUS

Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!
Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang baring- baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)

LAWAK MALAS KE SEKOLAH

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

LAWAK SUAMI ISTERI

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,
"Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.
"Oh, agaknya isteri kuteringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.."keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi.
"Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

LAWAK KANDANG LEMBU

YY dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan mereka berhenti di setiap kandang tempat lembu-lembu di biak. Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang diletakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri YY secara jenaka mencuit YY dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Mereka kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS'

Sekali lagi isteri YY mencuit YY dan berkata :
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia '

Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'
Isteri YY menjadi girang dan mencuit YY dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari....Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini'!!!

YY pun pandang isteri nya dan berkata kepadanya..
'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA YANG SAMA KE??'

STICKER KERETA

10 sticker yang perlu difikir semula sebelum ditampal pada kereta anda...

Sticker#1:
+---------------------------------+
BABE ON BOARD
+---------------------------------+
Babe bermaksud perempuan cantik serupa itu Maya Karin, Erra Fazila,
Yasmin Hani (wachaa!) dan lain-lain polumpuan cantik lagi.
Sekiranya anda bukan seorang babe, sila jangan tampal stickers ini pada keleta anda. tidak baik menipu orang Begitu jua, walaupun sekiranya anda betul2 seorang babe, tidak
perlu menampal sticker ini kerana if u're a babe on board, we will know.

Sticker#2:
+---------------------------------+
IF YOU THINK THIS CAR IS CUTE,
WAIT TILL YOU SEE THE DRIVER
+---------------------------------+
Sungguh mengelirukan makna sticker ini. hanya orang yang perasan saja menampal sticker ni......

Sticker#3:
+---------------------------------+
DREAMCHASER
+---------------------------------+
I only wish u all the best in chasing your dreams.

Sticker#4:
+---------------------------------+
I DONT GO TO UNIVERSITY
+---------------------------------+
nak tunjuk hebat walaupun tak sekolah sampai universiti...hmm???

Sticker#5
+---------------------------------+
MY CAR IS NO FERRARI
BUT NEITHER IS YOURS
+---------------------------------+
Pemilik kereta ini mungkin berasa bahawa sticker ini sangat cool.
Sticker ni nak beritahu kereta anda bukan Ferari....aikkk??? ada orang tak kenal keta Ferarri ke?

Sticker#6
+---------------------------------+
WHEN I GROW UP I WANT
TO BE A FERRARI
+---------------------------------+

Sticker#7
+---------------------------------+
AKU HIDUP DALAM BLUES
+---------------------------------+
Sticker ini ada gambar kartun mamat "Aku Hidup Dalam Blues".
satu lagi version iaitu BLUES UNTUK AKU. kartun minah bertudung
tetapi berpakaian baju ketat nampak shape badan. Apa makna "blues untuk aku" tu??
( minah bertudung untuk aku ke???).

Sticker#8
+---------------------------------+
HONDA. THE POWER OF DREAMS
+---------------------------------+

Sticker#9
+---------------------------------+
FOUND MY DREAM JOB
AT JOBSTREET.COM
+---------------------------------+
Sticker ini banyak kelihatan pada teksi-teksi sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. kalau kat keta persendirian kira iklan percuma...patut bole claim bayaran ni....

Sticker#10
+---------------------------------+
YOU KISS YOU PAY
+---------------------------------+
hehehe....awak cium saya...awak bayar...

LAWAK WIFE & WIFE TO BE...

Dearest wife & wife to be………..

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but HP is cute, slim,
curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least........

TV do not have virus, but h/p yes..........have VIRUS.............. once get it, HABIS LA..... hahahahaha......
so better choose TV instead of h/p.....hahahahahaha!

LAWAK TELUR

CERITA TELUR!!!

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?
Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..
Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..
Manager : Tak guna punya orang tua..

MORAL OF THE STORY: Jaga telur anda baik-baik

LAWAK PPSMI

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below : -

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan

Try to translate this :

ENGLISH :

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA :

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.

Now you know...WHY.. .

LAWAK 2

Ada sepasang suami isteri yg duduk dikampung.
Oleh kerana rumah mereka yg terlalu berdekatan dgn jiran tetangga.
Maka sisuami pun mengajar bahasa yg jarang digunakan oleh tetangganya.
Isteri beliau yg sengau sentiasa menurut kata kata suami nya itu.
So suatu hari suami nya berkata..

"Yang, kalau i cakap kongkek maknanya..kita main yer'

Isterinya mengangguk sahaja..

Dan pada malam itu si suami kegersangan dan bertanya pada isterinya '

Kongkek boleh tak yang?'

Si isteri pun 'ok'

Setelah penat projek, mereka pun mandi bersama.
Waktu mandi isteri nya yg sengau itu pun berkata

'Yang nak kongkek'

Beliau pun terperanjat.. tapi oleh kerana sayangkan isterinya..
beliau pun 'buat projek' kat toilet itu.
Isterinya pun membiarkan sahaja..

Setelah abis isterinya mandi dan berkata dgn suami nya.. ;'
Yang nak kongkek'

Suami nya berkata.. 'lah tak puas lagi ke?'

Isterinya menggeleng gelengkan kepala sambil berkata
'Kong kek! Kongkek! Kongkek!

Si suami got no choice pun melakukan lagi..

Selepas itu isterinya berkata..
'Bole tak awak kasi saya kongkek'

Beliau mula naik radang dan tak faham dgn nafsu isterinya.
Apabila beliau hendak start lagi.. isterinya pun menahannya..

Saya bukan nak kongkek.. Saya nak .... COLGATE

Maaf jika CERITA lawak ini agak sensitif.....

Monday, November 10, 2008

LAWAK 1

Ahad lepas aku naik bas..dan bersama aku kt tepi bas tu... seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali...aku rs cam nk lempang jer...dh la duk dekat aku... Setiap seminit dia akan bertanya pada aku atau penumpang lain.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang dibelakangnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh .. Pasti dikejutkan!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Bukit Gantang.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang termasuklah aku pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ... Maka berpatah kembalilah r bas itu menuju ke Ipoh .. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh ! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata."Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

aku terus lempang budak tu...itu la kali terakhir aku dengar dia bcakap...

grrrrrrrrrrrr Mad .....

Thursday, October 30, 2008

PETUA RUMAH TANGGA

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga. Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu."Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurgaku

PUISI SEJENAK KE ALAM RUMAH TANGGA

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun,teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka. (i)Psst....Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas.....kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar" Sayang abang tak ulang lagi "katakan " Sayang....abang alpa "bisikkan " Darling.. I lupa.."hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi...kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.( ii )Arghh...tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabot minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh...peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir...permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput.Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan inidengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini." ( iii )Puuuh...Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.itulah cinta sejati.Namun tidak salah di samping menyanjung budi,kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung daratapi kini saat menghitung dosalalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama. ( iv )Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita...lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "( v )Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si dia mucinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja.Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkanyang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri...tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....seorang isteri.

FAMILYKU SAYANG

RUMAHKU SYURGAKU

KERETA KESAYANGANKU
ANAK BONGSU KESAYANGANKU

ANAK SULUNG KESAYANGANKU

ISTERI TERCINTA PERMATA HATIKU

INI LAH KELUARGA TEMAN..TEMAN MEMPUNYAI SEORANG ISTERI DAN 2 ORANG ANAK(SETAKAT NI LE) YANG BERUMUR ANTARA 2 TAHUN SETENGAH DAN 5 TAHUN...NIAT HATI TU MEMANG NAK TAMBAH LAGI.. TAPI TUNGGU LE DULU. APA??..TAMBAH ANAK LE BUKAN TAMBAH ISTERI... kalau nak tambah isteripun apa salahnya kan