Wednesday, November 12, 2008

BIJAKNYA PAK PANDIR

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”

SIAPA YANG BODOH?

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org kaya I: “Kau nak tau, orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caya lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Baik tuan !! Saya pergi cari !!”

Terus dia bergegas ke kedai yang ada jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannya tu, “Tengok kan betul tu?. Dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu takde apa-apa lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Baik tuan, saya pergi tengok !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang kawannya sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Ehh kau tahu tak, boss aku tu punya la bangang. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah bolehkan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “

Ali: “Bos aku pun bengap .jugak Ada ke dia buleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”

PENGAJARAN CERITA : Jangan bodohkan orang, nanti kita juga yang bodoh

TEKA-TEKI (2)

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jwp: Kutu rambut

Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
Jwp: Neneknye si katak

Kenape lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Jwp: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jwp: Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Jwp: Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jwp: Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jwp: Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jwp: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jwp: Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa ...gile apa...

Gajah terbang dengan apa?
Jwp: Dengan susah payah......

CIUMAN

LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1 meter cuma 1 ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10 meter..

PENJUAL: (gembira)...ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)

TEMUDUGA LANUN

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."